185 pengedar Holden Australia saman General Motors

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala jenama Holden telah pun selesai 'dikuburkan', namun segelintir pengedar Holden di Australia dikatakan tidak berpuas hati dengan cara GM mengendalikan jenama tersebut sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada media Australia Car Advice, kesemua 185 pengedar jenama Holden di Australia mendakwa General Motors dalam diam-diam mempunyai perancangan untuk menutup operasi Holden.

Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan pengedar telah pun melabur sejumlah wang yang besar untuk menaiktaraf pusat pameran masing-masing.

Peguam HBL Ebsworth yang bertindak mewakili para pengedar Holden mendakwa General Motors dan Holden "telah merancang untuk keluar dari pasaran pemanduan sebelah kanan yang mengakibatkan operasi perniagaan Holden terbantut.

 


Menurut Car Advice lagi, General Motors ketika ini masih lagi menjalankan rundingan pampasan bersama 185 pengedar yang mengoperasikan 203 pusat pameran di seluruh Australia.

Para pengedar Holden mendakwa tawaran awal yang dibuat adalah tidak mencukupi, namun GM menyatakan nilai AUD$1,500 (RM3,958) yang ditawarkan itu adalah adil dan berdasarkan kiraan pendapatan purata ke atas kereta yang dijual untuk tempoh masa yang panjang.

Namun, sebuah firma perakaunan menganggarkan nilai yang sepatutnya diterima oleh para pengedar Holden adalah sekitar AUD$6,100 (RM16,095).

Jenama Holden terkubur pada tahun ini setelah beroperasi sejak tahun 1948 akibat prestasi jualan yang merudum, dan GM bercadang untuk menggantikan jenama Holden dengan General Motors Specialty Vehicles (GMSV) yang menjual model-model US varian pemanduan sebelah kanan. .

Sumber: Car Advice

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang pemasangan kereta Holden di suburban Elizabeth, Adelaide yang telah ditutup sejak tahun 2017…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu dari CarsGuide, ia merupakan susulan daripada penutupan operasi VinFast…
Berita Global
Namun jenama Holden akan terus kekal diingati kerana menghasilkan model ute yang berkuasa, dan…