Kilang lama Holden dijadikan tapak semaian cendawan

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Australia Holden kini memasuki tahun ketiga di 'alam kubur' selepas operasinya dihentikan pada penghujung tahun 2020.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kilang pemasangan kereta Holden di suburban Elizabeth, Adelaide yang telah ditutup sejak tahun 2017 itu kini telah pun mendapat pemilik baharu.

Berdasarkan laporan Drive, pemilik baharu fasiliti itu, Epicurean Food Group (EFG) mengumumkan perancangan untuk mengubah bekas kilang Holden itu menjadi tapak semaian tanaman cendawan yang mampu menghasilkan lebih 20,000 tan produk setiap tahun.

Pelbagai jenis cendawan yang akan ditanam di kilang tersebut termasuklah cendawan tiram, shiitake, enoki, king oyster dan lion's mane.
 

holden


Ketika berada di zaman kemuncak, kilang Holden tersebut mempunyai kira-kira 5,000 orang pekerja sebelum menurun menjadi 2,000 orang sahaja pada tahun-tahun sebelum ia dihentikan operasinya.

Pada tanggal 20 Oktober 2017, kilang itu selesai memasang unit terakhir Holden Commodore SS-V Redline.

Kilang tersebut mula dibuka pada tahun 1958 sebagai sebuah pusat pemasangan badan sebelum memulakan produksi penuh kenderaan pada tahun 1965 menerusi model EH diikuti oleh model Statesman pada tahun 1971.

Fasiliti Elizabeth itu kemudian menjadi lokasi penting bagi pemasangan model Commodore sejak dari tahun 1979.
 

holden


Selepas dua tahun Holden menutup operasi kilang Elizabeth, General Motors mengumumkan mereka akan keluar dari pasaran pemanduan sebelah kanan di peringkat global pada Februari 2020, sebelum 'membungkus' jenama Holden buat selama-lamanya.

Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terbaharu dari CarsGuide, ia merupakan susulan daripada penutupan operasi VinFast…
Berita Global
Namun jenama Holden akan terus kekal diingati kerana menghasilkan model ute yang berkuasa, dan…
Berita Global
Hanya pada tahun lalu, mereka telah memulakan fasa produksi bagi model sedan LUX A2.0 (BMW 5-Series…