214 tempat berteduh disediakan untuk keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal - PLUS

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sejak awal tahun 2000, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mula menyediakan tempat- tempat berteduh khusus untuk penunggang motosikal untuk memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya terutama sekali penunggang motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, Lebuhraya PLUS telah dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, “Menyedari penunggang motosikal merupakan kumpulan yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko ketika berada di lebuh raya,"

"PLUS secara berterusan menambah baik kemudahan yang disediakan untuk golongan sasar ini di lebuh raya kami bagi menjadikan perjalanan mereka lebih selamat, lancar dan selesa.”

“Ketika ini, Lebuhraya PLUS dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal. Ia terdiri daripada 2 jenis iaitu 28 buah teduhan motosikal jenis Stand-alone, manakala 186 buah teduhan motosikal di Bawah Jambatan.”

 

2

 

Menurut Mohd Yusuf juga, PLUS bersedia untuk menambah 22 buah lagi tempat berteduh motosikal iaitu 6 buah daripada jenis Stand-alone dan 16 buah di Bawah Jambatan yang dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat pada tahun ini sehingga suku kedua 2024.

Selain tempat berteduh di sepanjang lebuhraya, PLUS turut mengingatkan penunggang motosikal untuk mencari tempat berhenti yang selamat seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau stesen minyak.

Untuk keselamatan dan dari mengelakkan kejadian tidak diingini, penunggang motosikal juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di belakang rel penghadang (guardrail) semasa berhenti.

Terdapat juga beberapa lokasi di bawah jambatan papan tanda larangan ‘Dilarang berhenti kecuali kecemasan’ untuk mengelakkan penunggang motosikal berhenti di kawasan tersebut atas faktor keselamatan dan mengelakkan risiko berlakunya insiden kemalangan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping…
Berita Domestik
Kolaborasi itu akan meliputi pembangunan penyelesaian pengurusan armada, integrasi platform program…
Berita Domestik
Pelantikan ini akan meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi industri tol dan…