Celcom, PLUS jalin kerjasama untuk pengalaman mobiliti lancar

oleh Mohamad Hanif|
Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad yang menyasarkan penyediaan pengalaman mobiliti yang lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kolaborasi itu akan meliputi pembangunan penyelesaian pengurusan armada, integrasi platform program kesetiaan pelanggan dan eksplorasi aplikasi 5G yang memberi nilai tambahan kepada komuniti lebuh raya.

Dengan menggunakan platform LTE dan Internet Pelbagai Benda (IoT) milik Celcom, PLUS bakal menjadi peneraju sebagai sebuah lebuh raya pintar masa hadapan yang dimulakan dengan pembangunan Solusi Pengurusan Armada Pintar.

Sistem ini mampu untuk menjejak kenderaan, mempertingkat keselamatan dan kesihatan pemandu, pengurusan penyelenggaraan kenderaan bagi menambah kecekapan dan produktiviti armad, serta mempertingkatkan keselamatan komuniti lebuh raya.

Selain daripada itu, Celcom dan PLUS juga akan bekerjasama dalam pembangunan produk dan perkhidmatan bersama, seperti kesalinghubungan mudah alih bagi ahli PLUSTrack dan rakan niaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Tawaran unik ini bersama program kesetiaaan pelanggan PLUSMiles dan Celcom Rewards akan disedaiakan menerusi aplikasi mudah alih Celcom Life dan PLUS App.

Kerjasama antara kedua belah pihak ini juga bakal meneroka aplikasi penyelesaian 5G yang dapat menyokong operasi lebuh raya seperti liputan Wi-Fi 5G,serta penyelidikan dan pembangunan teknologi sokongan bagi Sistem Pemanduan Berbantu dan Kenderaan Swapandu pada masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, Lebuhraya PLUS telah dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping…
Berita Domestik
Pelantikan ini akan meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi industri tol dan…