2.38 juta individu kemas kini maklumat di Padu, setakat 1 Februari

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat 1 Februari.

Padu dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2 Januari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu.

Bagi negeri-negeri lain pula, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.16 juta) individu, Terengganu (0.13 juta), Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing (0.12 juta), Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing (0.11 juta), Melaka (0.07 juta), Perlis (0.03 juta) manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan (0.01) juta individu.

Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Padu menerusi laman sesawang https://www.padu.gov.my, yang dibuka dari 2 Januari hingga 31 Mac ini.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan…
Informasi
"Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 558,115 orang, diikuti Sarawak (478,236) dan Johor…
Berita Domestik
PADU merupakan pangkalan data sosio-ekonomi negara bersepadu yang menggabungkan semua data yang…