3.6 juta penduduk telah mendaftar PADU

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seramai 3,683,944 warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat 21 Feb lepas.

Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan daripada jumlah itu 1,699,771 telah selesai mengemas kini dan memperakukan maklumat dan data.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 558,115 orang, diikuti Sarawak (478,236) dan Johor (355,414)," menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai perkembangan terkini sistem PADU daripada sudut jumlah pendaftaran dan bagaimana data ini dimanfaatkan kerajaan.

PADU dilancarkan pada 2 Jan lepas dibuka kepada orang ramai untuk membuat pengemaskinian sehingga 31 Mac ini dengan fasa dua dijangka bermula pada April sehingga Jun 2024 yang akan melibatkan pembangunan algoritma mengikut keperluan use case berpandukan data dalam PADU.

Menurut kementerian itu, matlamat pelaksanaan PADU adalah untuk memantapkan tadbir urus negara bagi menambah baik perancangan dasar serta pelaksanaan program yang berpandukan data.

Selain itu, pelaksanaan PADU juga tidak hanya bertumpu kepada penyasaran semula subsidi dan bantuan tetapi turut bertujuan mengenal pasti tahap sosioekonomi rakyat dan penentuan dalam penyaluran bantuan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan…
Informasi
Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, Selangor merekodkan jumlah…
Berita Domestik
PADU merupakan pangkalan data sosio-ekonomi negara bersepadu yang menggabungkan semua data yang…