KERAJAAN LANCARKAN 'PADU', KEMASKINI MAKLUMAT UNTUK KELAYAKAN SUBSIDI KERAJAAN

oleh Firdaus Razani|
Awal hari ini, kerajaan melancarkan pangkalan data sosio-ekonomi Pangkalan Data Utama (PADU) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PADU merupakan pangkalan data sosio-ekonomi negara bersepadu yang menggabungkan semua data yang tersedia bagi individu dan isi rumah yang dikumpul daripada jabatan dan agensi kerajaan, dengan 70 daripadanya berada di peringkat persekutuan.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hanya data perbankan yang tidak dibenarkan kerana ia di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan ia satu-satunya pengecualian kepada data dan pengumpulannya.

PADU akan digunakan kerajaan untuk menyasarkan semula subsidi dan bantuan, dengan metrik pendapatan ditetapkan untuk digunakan untuk memberikan gambaran tentang kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah Malaysia.

 

padu

 

Pengenalan itu juga membuka ruang kepada subsidi bahan api petrol yang disasarkan, yang dijangka berlaku pada separuh kedua 2024 dan subsidi elektrik yang disasarkan juga dalam perancangan.

Walaubagaimanapun, mekanisme subsidi tersebut akan diumumkan kemudian.

Hasrat utama PADU adalah untuk menyediakan pangkalan data nasional utama yang selamat, komprehensif dalam bentuk digital yang mengandungi maklumat 32 juta rakyat Malaysia.

Semasa pelancaran tersebut, Jabatan Statistik kini telah menyepadukan data pada 29.8 juta orang, meliputi semua maklumat yang tersedia.

Ia mengandungi hampir 300 jenis data berkaitan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan tempatan dimasukkan secara beransur-ansur.

PADU akan digunakan untuk meningkatkan kecekapan kerajaan dan membantunya menentukan pelbagai elemen ekonomi.

Dari segi keselamatan, pangkalan data akan dilindungi oleh tahap keselamatan siber yang tinggi dan Rafizi memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tidak akan ada perubahan pada data peribadi yang dimiliki oleh jabatan atau agensi kerajaan pada masa ini.

Undang-undang sedia ada jabatan atau agensi kerajaan masing-masing mengawal semua data yang digunakan PADU.

 

padu

 

Rakyat Malaysia telah diminta mendaftar di PADU untuk mengemas kini dan mengesahkan maklumat mereka mengenai 39 pembolehubah bagi memastikan data mereka adalah tepat.

Menurut Rafizi, pendaftaran adalah tidak wajib dan tiada tindakan akan diambil sekiranya individu memilih untuk tidak mengemas kini.

Bagaimanapun, beliau berkata jika tidak membuat demikian berkemungkinan akan menjejaskan kelayakan mereka untuk subsidi yang disasarkan.

Orang ramai boleh kemaskini maklumat tersebut melalui dalam talian di portal PADU sehingga selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau tidak mempunyai akses internet, pendaftaran dan pengemaskinian butiran boleh dilakukan di pejabat daerah, majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK) dan dengan pihak berkuasa tempatan.

Berita Berkenaan

Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…