3 mat rempit ditahan termasuk murid Tahun 6

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Murid Tahun Enam di sebuah sekolah di sini antara tiga individu yang ditahan polis petang semalam selepas didapati menjadikan Jalan Tok Keramat, Padang Tembak, di Tasik Gelugor sebagai litar berlumba.


Dalam Op Samseng Jalanan pada jam 6.30 petang itu, pasukan Skuad 42, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mengesan dua motosikal yang ditunggangi tiga remaja lelaki secara merbahaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata tindakan mereka itu menyalahi undang-undang selain mengancam keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya lain.

 

"Polis yang melakukan penugasan di jalan itu melihat sebuah motosikal yang ditunggangi murid Tahun Enam yang membonceng rakannya berusia 13 tahun dan sebuah lagi motosikal yang ditunggangi remaja juga berusia 13 tahun.

 

"Mereka disyaki membuat aksi 'wheelie' bermula dari Jalan Titi Keramat ke arah Taman Cempedak yang amat berbahaya.

 

"Oleh itu, ketiga-tiga mereka ditahan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dalam pada itu, Noorzainy mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawal pergerakan anak dan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran menunggang motosikal tanpa lesen.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…