Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari Karachi menuju ke Havelian sebelum tergelincir berhampiran bandar Nawabshah, wilayah Sindh.
Operasi menyelamat sedang berjalan di mana penumpang yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.
Menurut Menteri Kereta Api Pakistan, Khawaja Saad Rafique, punca sebenar kejadian akan ditentukan selepas siasatan menyeluruh dijalankan.
Jaringan kereta api Pakistan mempunyai rekod keselamatan yang buruk, di mana sebelum ini beberapa siri kemalangan maut telah berlaku disebabkan infrastruktur dan piawaian keselamatan yang semakin berusia.
Sumber: CNN