Suami Nurul Saila yang juga pemandu Proton Saga FLX, Mohd Efendi Md Salleh, 38, bengkak di dada dan cedera di dagu, manakala tiga lagi anak mereka iaitu Nurul Damia Qistina, 15; Muhammad Daiyan Ulhaq Harith, 5, hanya cedera ringan serta anak bongsunya, Nurul Delisya Qadira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam beranak berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tok Dor menuju ke Jerangau Barat untuk mengambil peralatan sekolah anak mereka.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum memasuki laluan kereta enam beranak berkenaan dan merempuh kenderaan dinaiki keluarga terbabit.
"Akibat rempuhan itu, kereta keluarga berkenaan terbabas dan jatuh ke tebing jalan manakala MPV itu terhenti di lorong kiri.
"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan Hospital Dungun untuk rawatan, manakala pemandu MPV berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Semua mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, siasatan juga akan dilakukan berkaitan ingkar PKP," katanya.
sumber: HM