74,600 Panamera dipanggil semula kerana isu stereng

oleh HEZERI SAMSURI|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Porsche akan memanggil semula (recall) sebanyak 74,585 unit Panamera di seluruh dunia kerana masalah pada perisian yang mampu mengakibatkan stereng berkuasa elektrik itu tidak berfungsi untuk seketika.

Panggil-semula ini membabitkan Panamera yang dibuat antara 6 March 2016 sehingga 6 Disember 2018.

Menurut Porsche, jika masalah itu berlaku, pemandu perlu menggunakan lebih tenaga untuk menggerakan stereng tersebut.

Cara pembaikan ialah perisian baharu akan diprogram ke dalam kenderaan tersebut sebagai pencegahan sekiranya masalah stereng kejung itu berlaku.

Porsche akan menghubungi kesemua pemilik secara bertulis, tetapi pemilik masih boleh menggunakan Panamera mereka. Pemilik yang berkaitan akan diminta untuk menghubungi pengedar Porsche terdekat secepat mungkin.

Untuk mereka yang membeli Porsche Panamera baik-pulih terpakai (recond), sila hubungi pengedar Porsche rasmi untuk meminta mereka memeriksa nombor casis kenderaan anda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 8,915 unit, yang merangkumi 3,214 model BRZ dan 5,701…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, General Motors kini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 10,825 kabel…