Recall : Tesla panggil semula Cybertruck, terdapat isu pada pedal pecut

oleh Firdaus Razani|
Tesla telah mengumumkan panggilan semula melibatkan model Cybertruck yang dikesan mempunyai isu pada pedal pemecutnya yang tipis berisiko menyebabkan pecutan yang tidak disengajakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878 Cybertruck yang dikeluarkan dan dihantar dari November lalu hingga 4 April mengalami isu tersebut.

Sejak dikenalpasti isu pada pedal itu, Tesla dilaporkan menghentikan sementara jualan bagi model pickup Cybertruck tersebut.

 

cybertruck

 

NHTSA menerangkan bahawa penutup aluminium atau pad pedal pemecut, mungkin tercabut apabila "daya tinggi dikenakan," dan menjadi sebahagian terperangkap di bawah sekat plastik dalaman.

Apabila perkara itu berlaku, keseluruhan pemasangan pedal akan terus ditekan ke bawah, membawa kepada pecutan yang tidak diingini dan sukar untuk diperbetulkan daripada kedudukan pemanduan.

Walau bagaimanapun, jika pemandu melepaskan pedal brek sebelum mematikan Cybertruck, trak tersebut akan kembali terus ke pendikit terbuka luas jika pedal masih terperangkap.

 

cybertruck

 

Tesla mendakwa kecacatan itu disebabkan oleh "perubahan yang tidak diluluskan" dalam proses pengeluaran yang memperkenalkan pelincir—khususnya, sabun—kepada pemasangan pedal.

Oleh itu, sisa sabun di bahagian didakwa tersebut telah “mengurangkan pengekalan pad pada pedal.”

NHTSA terlibat dalam perkara ini selepas isu tersebut itu tular di media sosial, dan tindakan segera perlu diambil kerana kenderaan seperti Cybertruck timbulkan kebimbangan jika pecutan tidak sengaja terjadi.

Setakat 15 April, Tesla tidak mengetahui sebarang kemalangan yang berkaitan dengan pedal yang rosak, dan ia juga tidak melaporkan sebarang kecederaan atau kematian yang berpunca daripada kecacatan itu.

Bermula pada 17 April, semua kenderaan Cybertruck dalam pengeluaran telah dipasang dengan pemasangan pedal baharu dengan nombor bahagian baharu yang sepadan.

Tesla memaklumkan, pemilik Cybertruck akan dimaklumkan "pada atau sekitar 19 April" untuk mengatur pembaikan, dan pelanggan akan diarahkan untuk melawat pusat servis Tesla untuk penggantian bahagian itu.

SUMBER : TheDrive

 

Tempoh hari, Hezeri sendiri ada pergi preview Tesla Cybertruck di Tesla Experience Centre, Cyberjaya. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut pasal trak futuristik ini, boleh tengok video di bawah;

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…