Contoh yang paling jelas, ketara dan nyata ialah cubaan pecah rekod yang dilakukan pada acara Jimny Gathering 2023 yang berlangsung di Clarens, Afrika Selatan.
Ia bukanlah cubaan untuk mengumpulkan seramai mungkin pemilik Jimny - seperti yang cuba dilakukan oleh kebanyakan pihak.
Akan tetapi, kesemua 796 pemilik Suzuki Jimny telah berjaya memecahkan rekod Guinness World Records di dalam kategori "menghidupkan lampu utama secara serentak". Aneh bukan?
Jimny Gathering itu berlangsung bermula 22 hingga 24 September 2023, di mana cubaan memecahkan rekod tersebut dibuat pada hari akhir perjumpaan tersebut.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah kesemua pemilik perlu menghidupkan lampu kenderaan masing-masing dalam tempoh lima saat sebaik sahaja kiraan tamat.
Selain daripada itu, pemilik dan pengunjung Jimny Gathering berpeluang untuk menyertai pemanduan off-road menerusi Pergunungan Maluti di Golden Gate Highlands National Park.
Sumber: YouTube