8 tahun bersara, Rahul Raj Mayer kembali beraksi dalam Toyota Gazoo Racing

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah 8 tahun bersara dari perlumbaan karting dan single-seater, Rahul Raj Mayer kembali ke dalam dunia perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba berusia 26 tahun itu kembali bersaing dalam kelas Super Sporting, dimana dia akan berentap bersama pelumba elit lain dalam perlumbaan Vios Challenge.

Ianya merupakan perlumbaan musim penuh pertamanya semenjak kali terakhir bersaing dalam perlumbaan NEC Formula Renault Monza pada 2015.

 

2

 

Seawal usia 11 tahun pada 2007, Rahul telah mula bersaing dalam perlumbaan karting dimana tahun berikutnya dia berjaya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan the Yamaha SL Cup (Junior).

Pada 2009, dia menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Asian Karting Open Championship (Formula 125 Junior Open).

Pada 2010 pula dia berjaya menamatkan perlumbaan Yamaha SL Cup (Senior) di tempat kedua dan tempat ketiga untuk perlumbaan Rotax Max Challenge Malaysia (Junior).

 

3

 

Pada 2012, Rahul mula menjejakkan kaki ke peringkat antarabangsa dengan menyertai perlumbaan X30 Championship di Jepun.

Dia turut menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan All Stars Karting Invitational (KF2) dan tempat kedua dalam perlumbaan Rotax Invitational Race (Rotax Senior).

Pada tahun yang sama Rahul mula menyertai perlumbaan single-seater dalam Formula Gulf 1000 (FG1000) Championship, dimana dia memiliki 2 kemenangan, 10 podium, 1 kedudukan pole dan 3 masa lap terpantas serta menduduki tempat kedua keseluruhan.

 

4

 

Rahul turut bersaing selama 2 tahun dalam perlumbaan BRDC Formula 4 Series di UK.

Kini Rahul kembali bersaing di dalam Vios Challenge bersama pasukan Mango Racing, dimana dia menduduki kedudukan kesembilan dan kelapan untuk dua perlumbaan pusingan pertama.

Toyota Gazoo Racing Festival musim keenam telah membuka tirainya pada Sabtu dan Ahad lepas bertempat di Litar Antarabangsa Sepang dimana kalendar pada tahun ini menyaksikan 3 pusingan bersama 6 perlumbaan.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…