9 jenis kenderaan layak terima subsidi diesel

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan telah mengumumkan sembilan jenis kenderaan yang layak menerima kad "fleet" untuk subsidi diesel bila mekanisme rasionalisasi subsidi diesel bermula kelak.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mereka yang layak boleh mendapatkan "fleet card" dari syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai sembilan jenis kenderaan sektor oengangkutan darat (barangan) yang layak untuk terus menerima subsidi:

  • Lori kargo am (General Cargo)
  • Lori minuman botol (Bootled Drinks Lorries)
  • Lori sejuk beku (Refrigerated Lorries)
  • Lori Luton (Luton Trucks atau van berkotak)
  • Lori tangki tepung (Flour Tankers)
  • Lori tangki air (Water Tankers)
  • Van panel 
  • Van tingkap
  • Penggerak utama (prime mover atau kepala treler)

 

Lori Luton
Lori Luton

 

Mereka yang layak perlu memohon selewat-lewatnya 30 April ini.

Menurut laporan Astro Awani, 30 April bukanlah tarikh tutup, tetapi lebih untuk memastikan supaya kenderaan jenis barangan terbabit sudah bersedia.

Syarikat pembekal bahan api yang terbabit ialah Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BH Petrol.

Laporan penuh di The Star dan Astro Awani.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…