993 Speedster Remastered oleh Gunther Werks - 25 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah penala Porsche yang terkenal, Gunther Werks baru-baru ini memperlihatkan hasil kerja terbaharu mereka terhadap model Porsche yang paling terhad pernah dihasilkan, iaitu 993 Speedster.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana sepanjang tempoh produksi, Porsche hanya menghasilkan dua unit sahaja model 911 Speedster, salah satu daripadanya untuk pereka asal Porsche 911 Butzi Porsche, dan sebuah lagi dikomisyenkan oleh Jerry Seinfield.

Berita baiknya, anda kini boleh berebut untuk mendapatkan salah satu daripada 25 unit terhad yang akan mula diproduksikan seawal tahun 2022.
 

993 Speedster Remastered


993 Speedster Remastered ini didatangkan dalam layangan warna Peninsula Cypan, diikuti dengan gandingan warna kulit hijau dan Mandarin Orange untuk upholsteri.

Dari segi kuasa, 993 Speedster Remastered ini didatangkan dengan enjin 4.0 liter flat-six yang menghasilkan 435 kuasa kuda dan 454 Nm daya kilas, serta garis merah pada 7,800 rpm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi manual Getrag G50 lima nisbah kelajuan dengan nisbah yang disemak semula, diikuti dengan unit differential baharu, serta cekam daripada karbon.
 

993 Speedster Remastered


Sistem gantungan pula mendapat suspensi adaptif JRZ yang menawarkan tiga mod iaitu Composed, Sport dan Sport Plus, sementara bar anti oleng depan dan belakang diperoleh daripada Eisenlohr Racing diikuti dengan pendakap strut hadapan.

Sistem brek Brembo pula terdiri daripada angkup enam omboh di hadapan dan angkup empat omboh di bahagian belakang.

Tidak cukup dengan itu, casis asal telah diperkukuh terutama di bahagian yang biasanya menempatkan tempat duduk belakang, sementara rangka cermin hadapan pula diperbuat daripada gentian karbon dan diperkukuhkan dengan bahan aluminium.
 

993 Speedster Remastered


Penggunaan bahan ringan banyak menguasai 993 Speedster Remastered ini, seperti contoh cermin sisi aluminium dan splitter hadapan gentian karbon, di mana berat keseluruhan hanyalah sekitar 1,175 kg sahaja.

Sebagai pengakhiran, pembeli boleh mendapatkan rim rekaan klasik Fuchs lima jejari yang didatangkan dengan pelindung tengah magnesium, diikuti dengan tip ekzos cetakan tiga dimensi daripada Inconel.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek terbaharu mereka dinamakan sebagai Touring Turbo Edition Coupe, dan seperti biasa, ia…
Berita Global
Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah…
Berita Global
Projek terbaharu mereka digelar sebagai Tornado, sebuah Porsche 993 Turbo dengan kit badan lebar…