Gunther Werks Touring Turbo Edition Coupe - Porsche 993 berkuasa 750 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Gunther Werks yang sangat terkenal dengan projek-projek restorasi Porsche 911 generasi 993 tidak pernah surut dengan idea-idea yang boleh membuatkan kami cemburu sendirian depan meja kerja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek terbaharu mereka dinamakan sebagai Touring Turbo Edition Coupe, dan seperti biasa, ia menggunakan asas daripada Porsche 911 generasi 993 dengan enjin yang lebih bertenaga.
 

Gunther


Nadi asal flat-six sejukan udara itu telah digantikan dengan unit enjin flat-six binaan kustom 4.0 liter turbo berkembar yang dibangunkan oleh Rothsport Racing, sebelum dipadankan dengan transmisi manual asal Getrag enam kelajuan yang kini menampilkan nisbah gear baharu.

Modifikasi tersebut berjaya menghamburkan kuasa setinggi 750 hp yang disalurkan secara terus kepada roda belakang.
 

gunther


Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah sayap belakang ekor itik gentian karbon yang direka untuk memastikan aliran udara yang optimum kepada enjin sejukan udara di bahagian tersebut.

Ditawarkan sebagai opsyen, Gunther Werks turut menawarkan bekas pengisian khas untuk penyimpanan sayap belakang itu tadi.
 

gunther


Sama seperti projek-projek yang lain, kesemua panel badan model Touring Turbo Edition Coupe ini diperbuat daripada bahan gentian karbon, bermakna ia kini 227 kg lebih ringan berbanding berat asal sewaktu keluar dari kilang.

Untuk ruang kabin pula, ia menampilkan papan pemuka yang diperbuat daripada bahan gentian karbon, gugusan meter baharu, roda stereng gentian karbon tiga jejari dengan balutan Alcantara hitam, serta sepasang tempat duduk jenis Bucket.

Berita Berkenaan

Berita Global
Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah…
Berita Global
Projek terbaharu mereka digelar sebagai Tornado, sebuah Porsche 993 Turbo dengan kit badan lebar…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tempoh produksi, Porsche hanya menghasilkan dua unit sahaja model 911…