AAIB: Mangsa nahas Elmina tidak mungkin dapat diselamatkan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Utusan
Kesemua mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina bulan lepas tidak mungkin dapat diselamatkan disebabkan oleh magnitud daya hentaman kuat dan kebakaran susulan nahas, menurut laporan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung sayap kanan pesawat itu merupakan bahagian pertama yang menghentam bumi, sebelum disusuli serta-merta dengan bahagian muncung hadapan pesawat itu pada kelajuan tinggi.

Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi, membawa kepada kematian penumpang pesawat.

"Impak sekuat ini, corak perlanggaran dan magnitud yang melebihi had toleransi manusia, menunjukkan bahawa ini bukan kemalangan yang boleh diselamatkan," menurut laporan yang diterbitkan di laman web rasmi MOT hari ini.

MOT dalam satu kenyataan hari ini berkata laporan akhir penyiasatan akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen susulan kemalangan itu.

Pihak kementerian turut merakamkan penghargaan atas usaha gigih AAIB, dan komited untuk meningkatkan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro itu.

Laporan AAIB boleh dibaca menerusi pautan di bawah: 

https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…
Berita Global
Menurut kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang…
Berita Global
Menterinya, Ashwini Vaishnaw walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut memandangkan…