Terra 360 disifatkan sebagai penyelesaian moden kepada stesen minyak, stesen pengecasan urban, kawasan parkir serta armada kenderaan elektrik komersial.
Ia menampilkan jalur cahaya LED yang boleh disesuaikan, serta skrin paparan LCD 27 inci yang akan memaparkan garis panduan kepada pengguna untuk memulakan proses pengecasan, serta mendapatkan informasi berkenaan status pengecasan dan bateri.
Dengan keupayaan output maksimum 360 kW, masa pengecasan penuh untuk sesebuah kereta elektrik boleh diselesaikan dalam masa 15 minit atau kurang.
Dan seperti yang pernah disebut di atas, masa pengecasan selama tiga minit (yang lebih kurang serupa dengan masa untuk pengisian bahan api di stesen minyak) boleh menambah jarak operasi sebanyak 100 km.