Acara sulung 'M Town by Tian Siang' bakal himpunkan peminat dan jentera BMW M di Autocity Juru

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil pengedar BMW Group Malaysia di Pulau Pinang, Butterworth bakal menganjurkan acara sulungnya, iaitu 'M Town by Tian Siang' yang bakal menghimpunkan para peminat dan pemilik jentera BMW M.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pandu uji, hiburan, dan pameran pelbagai jenis jentera M yang ikonik dalam dunia permotoran.

Diadakan bertempat di Autocity, Juru, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan barisan jentera BMW M yang mengagumkan seperti BMW XM, BMW M3 Competition dan BMW M340i serta pelbagai pameran produk oleh BMW Product Genius.

Menariknya, para peminat juga akan akan disajikan dengan barisan model BMW M terbaharu seperti BMW M2, BMW 330i dan juga jentera BMW iX M60 yang baru sahaja dilancarkan.

Selain pameran dan aktiviti, para pemilik dan peminat BMW M juga boleh mengunjungi stesen BMW M Apparel Transformation untuk mendapatkan pelbagai barangan eksklusif berjenama M.

M Town by Tian Siang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 September bertempat di Concept Hall, Autocity Juru, Jalan Perusahaan, North-South Juru Interchange, 13600 Pulau Pinang, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai M Town by Tian Siang, sila layari laman Facebook BMW Tian Siang Premium Auto.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui kerjasama itu, Tian Siang Premium Auto dan Vasolar akan menawarkan sistem PV solar atas…
Berita Domestik
Kedua-dua fasiliti tersebut menampilkan outlet berkembar pengecasan pantas DC dengan keupayaan…
Berita Domestik
Para pemilik BMW serta orang ramai kini boleh mendapatkan kemudahan tersebut di The Prestige Hotel…