Tian Siang Premium Auto dan Vasolar tawar sistem PV solar percuma untuk pelanggan BMW

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil pengedar BMW Group Malaysia di Perak dan Pulau Pinang, Tian Siang Premium Auto telah bekerjasama dengan salah satu syarikat teknologi panel solar, Vasolar untuk menawarkan penyelesaian mobiliti kepada para pelanggan BMW.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Melalui kerjasama itu, Tian Siang Premium Auto dan Vasolar akan menawarkan sistem PV solar atas bumbung 4.4 kWp bernilai RM20,000 secara percuma dengan pembelian model-model EV dan PHEV terpilih BMW.

Tawaran tersebut merangkumi khidmat pemasangan oleh Vasolar yang ditawarkan bersama  25 tahun waranti prestasi, 12 tahun waranti modul PV, 10 tahun waranti inverter, 3 tahun dan waranti pembuatan.

 

2

 

Kerjasama itu sekaligus menjadi satu langkah ketara bagi penyelesaian mobiliti di Utara tanah air, yang dapat membekalkan pengalaman pengecasan melalui tenaga solar kepada para pemilik EV dan PHEV BMW.

Tian Siang Premium Auto kini menawarkan tawaran istimewa itu sehingga 30 September 2023, untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi bilik pameran Tian Siang Premium Auto di Butterworth atau Ipoh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pandu uji, hiburan, dan pameran…
Berita Domestik
Kedua-dua fasiliti tersebut menampilkan outlet berkembar pengecasan pantas DC dengan keupayaan…
Berita Domestik
Para pemilik BMW serta orang ramai kini boleh mendapatkan kemudahan tersebut di The Prestige Hotel…