Adakah EV bakal menjadi pencetus Stellantis di Asean? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak ramai pengguna yang tahu apa itu Stellantis, tetapi jika jenama-jenama di bawah kumpulan itu disenaraikan, pasti semuanya mengangguk kepala.

Di bawah ialah senarai jenama di bawah Stellantis:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  • Abarth
  • Alfa Romeo
  • Chrysler
  • Citroën
  • Dodge
  • DS Automobiles
  • Fiat
  • Jeep
  • Lancia
  • Maserati
  • Opel
  • Peugeot
  • Ram
  • Vauxhall

Di Malaysia, kita cuma ada Peugeot dan Maserati sahaja sementara yang lain telah ditamatkan riwayatnya kerana jualan yang rendah.

 

 

Memang, hampir kesemua jenama di bawah Stellantis adalah lebih cenderung ke pasaran Eropah. Enjin dan transmisi serta harga yang tidak sesuai menjadi punca ia tidak popular di rantau ini.

Namun begitu, elektrifikasi kenderaan mungkin mampu mengubah isu ini.

Enjin memerlukan petrol atau diesel, dan bahanpi fosil itu mempunyai pelbagai varian - RON yang berbeza-beza serta kadar "kebersihan" Euro yang juga berlainan mengikut negara.

Begitu juga dengan transmisi, di mana ia adalah komponen kedua termahal di dalam sesebuah kenderaan (selepas enjin), dan kerana ia cukup kompleks, cara penggunaan serta efek cuaca menentukan prestasi dan jangka hayatnya.

Kenderaan elekrik atau EV tidak mempunyai dua komponen tersebut, bermakna ia jauh lebih mudah untuk dijadikan sebuah produk global.

Motor elektrik itu hanya perlu dipastikan lasak untuk kegunaan di negara beriklim khatulistiwa. Begitu juga dengan komponen lain seperti pengecaj on-board dan sistem elektrifikasi yang lain.

 

Kilang Stellantis di Gurun yang baru dipasang dengan panel solar.

 

Benar, Stellantis perlu bijak dalam memilih jenama dan genre mana yang boleh diterima di Asean, dan selepas itu, membina platform RHD (Right Hand Drive) untuk pasaran ini (kecuali Vietnam yang masih kekal dengan LHD).

Infrastruktur EV sebenarnya adalah satu masalah global. Kunjungan saya ke negara-negara Eropah dan Asia mendapati bahawa stesen pengecaj mereka juga masih tidak mencukupi untuk perjalanan jauh dan kerana itu, mereka lebih fokus kepada EV untuk kegunaan urban.

Stellantis mempunyai empat platform EV dengan teknologi terkini, dan ada yang mampu mencapai jarak gerak sejauh 800 km.

Walaupun Stellantis mempunyai model EV dengan 0-100 kmsj dalam masa 2.0 saat, jarak gerak lebih penting untuk pasaran Asean.

Kadar pengecaj pantas 32 km seminit yang juga dimiliki oleh teknologi Stellantis juga adalah sesuatu yang penting.

 

 

Pengalaman mereka dengan jenama Peugeot dan Citroën juga membolehkan mereka memahami pasaran tempatan, dan wakil pengedar mereka, Bermaz Motor, yang juga satu entiti lama di dalam industri automotif, boleh menjadi satu lagi senjata yang efektif.

Stellantis juga mempunyai kelebihan dari segi rekabentuk. Dalam masa China masih terkial-kial mencari elemen rekabentuk mereka sendiri tanpa perlu meniru karya orang lain, Stellantis mempunyai produk-produk yang cukup unik, cantik dan elegan. 

Orang berada lebih suka rekabentuk yang asli dan tulen, sementara China perlu menyedari rekaan yang ditiru hanya dibeli oleh mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan yang asli.

EV mungkin tidak begitu menarik untuk pasaran Malaysia dan Brunei, di mana harga bahan api fosil masih rendah, tetapi di Indonesia, Thailand dan negara-negara Asean yang lain, EV merupakan alternatif terbaik.

Hasrat untuk menjadikan kilang Stellantis di Gurun sebagai hab pengeluaran untuk EV di Asean perlu dilihat secara serius oleh pihak kerajaan.

 

 

Kita tahu bahawa China merupakan rakan terbaik Malaysia sekarang, dan Tesla diberikan layanan karpet merah untuk hadir ke Malaysia tetapi Stellantis sebenarnya sudah melabur di Malaysia dengan membeli kilang pemasangan milik Naza di Gurun.

Ujian-ujian kenderaan juga sudah mula dilakukan di sini oleh Stellantis sejak beberapa tahun sudah, membuktikan mereka tidak duduk diam. 

Lokasi kilang dan pusat penyelidikan Stellantis di Gurun juga adalah strategik, dan mereka mempunyai akses kepada pelabuhan Pulau Pinang, kilang-kilang vendor di kawasan utara negara dan Sirim juga bakal mempunyai pusat ujian bateri di sana. Malah, Universiti Malaysia Perlis atau Unimap, yang mempunyai fakulti kejuruteraan yang aktif dalam automotif serta litar ujian mereka sendiri, turut berada di zon itu.

Mungkinkah Stellantis boleh menjadi pencabar terkuat jenama China di dalam dunia EV di Asean?

Kita tunggu dan lihat.

* Di bawah ialah video berkaitan platform-platform elektrik Stellantis

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…