Adakah ini Toyota Camry generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilapor bakal melancarkan sebuah model baharu dalam masa terdekat, berdasarkan imej acah yang dimuat naik baru-baru ini.

Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Yang pertama sekali ialah lampu nyalaan siang (DRL) tajam yang mengingatkan kita pada model Prius, diikuti bukaan liang udara bampar yang besar.
 

camry


Kehadiran komponen seakan sirip pada penghujung bampar pula memberikan petanda ia sebuah model yang dihasilkan khusus daripada divisyen GAZOO Racing Toyota.

Jadi, adakah ini sebuah GR Camry?

Untuk makluman, Toyota Camry generasi kelapan (XV70) telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2017 dan sudah tiba masanya bagi Toyota untuk mengemaskini penawaran model sedan tersebut.

Terdapat beberapa laporan di mana Camry 2025 ini dibangun berdasarkan platform TNGA-K yang dikemaskini, selain mengekalkan penawaran enjin sedia ada pada model generasi kesembilan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Informasi
Untuk makluman, Toyota Camry sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 1979 menerusi…
Berita Global
Namun begitu, hayat Camry masih lagi cukup panjang di pasaran tertentu, dan ia dibuktikan menerusi…