Agong kurnia Toyota Vellfire kepada TUDM

oleh Penyumbang Rencana|
GAMBAR: Facebook rasmi Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkara itu dikongsikan akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim dalam hantaran pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire itu kepada TUDM.

Kurniaan daripada Seri Paduka itu diterima oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Pada 8 Mac lalu, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Pada 2010, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Proton Suprima kepada semua pegawai daerah di Johor pada 2018.

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada September 2020.

Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…
Berita Domestik
Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Pada pertemuan itu,…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…