Jalan utama, lebuh raya ditutup sementara hari ini sempena raptai Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat mulai 9 hingga 10 pagi Ahad bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata penutupan penuh laluan akan dibuat selama sejam mulai 9 pagi di Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim dan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Parlimen.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak menuju ke Bulatan Datuk Onn," katanya ketika dihubungi Bernama malam Sabtu.

Beliau juga berkata jalan raya yang ditutup mulai 9.20 hingga 10 pagi ialah Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tun Sambanthan menuju ke Jalan Damansara.

Turut ditutup Jalan Syed Putra dan Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam.

"Juga ditutup Lebuhraya Mex dari arah Plaza Tol Salak Selatan, Lebuhraya Shah Alam dari arah Sungai Besi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan SUKOM," katanya.

Sarifudin berkata seramai 91 anggota trafik akan terlibat dalam raptai itu dan pengguna jalan raya dinasihat mematuhi arahan polis.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Jumaat lalu, air dari Sungai Badak melimpah dan membanjiri jalan utama ke UUM Sintok dan lencongan…
Berita Domestik
"Pasir Mas merekodkan jumlah jalan paling banyak ditutup iaitu 10 manakala Pasir Puteh (4), Kota…
Informasi
Kerja-kerja penutupan laluan dibuat oleh konsesi Roadcare Sdn Bhd. bagi memberi laluan kepada kerja…