PLUS TINGKATKAN PERSEDIAAN HADAPI CUTI PERAYAAN AIDILFITRI

oleh Firdaus Razani|
Bagi menghadapi cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Selain itu, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti.

PLUS turut memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Bagi menguruskan kesesakan, PLUS akan menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

 

LOKASI SMARTLANE DI LEBUHRAYA PLUS

 

plusplus

 

SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian/penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.

Selain itu, untuk mengagihkan trafik, PLUS turut akan menyediakan jadual perjalanan digital iaitu MyPLUS-TTA.

Pengguna boleh memuat turun Aplikasi PLUS dan mendaftarkan perjalanan untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum pada perjalanan musim perayaan Aidilfitri di antara 4 April hingga 15 April.

PLUS turut mengambil beberapa langkah merangkumi persediaan operasi di plaza tol, lebuh raya dan kawasan rehat untuk pergerakan perjalanan yang lebih lancar pada waktu puncak.

 

plusplusplusplus

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…