Serentak dengan itu, Honda Access mengeluarkan senarai aksesori yang boleh dipilih untuk dipakaikan pada Civic Hatchback, seperti skirt hadapan, lencana kemasan hitam, pelindung cermin sisi baharu.
Untuk menjadikan penampilan Civic Hatchback lebih agresif, terdapat pilihan untuk memasang sayap belakang yang lebih sporti.
Untuk arka roda, Honda menyediakan dua rekaan rim aluminium bersaiz 18 inci serba baharu yang didatangkan dengan kemasan serbuk hitam, atau warna metallic gray.
Bagi mereka yang merasakan ruang kabin Civic baharu tidak cukup nur (cahaya), Honda Access menawarkan pemasangan lampu pencahayaan tambahan merah (atau putih) pada beberapa bahagian seperti konsol tengah, tempat pemegang cawan, pemegang pintu, poket pintu dan bendul pintu.
Untuk kemudahan penggunaan seharian, terdapat juga penambahan slot pengecasan peranti pintar nirwayar, tray barangan, serta lampu tambahan pada ruang kargo.
Yang paling mahal? Sistem audio Kenwood dengan lapan unit pembesar suara berharga 54,900 yen (RM2,099.84).
Buat masa ini, penawaran aksesori Honda Access hanya terhad untuk pasaran Jepun sahaja terlebih dahulu.