Aktiviti peminat sukan 4×4 rosakkan laluan kampung Orang Asli di Gua Musang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
Salah satu keseronokan memiliki trak pikap atau kenderaan pacuan empat roda adalah aktiviti 'off road' di mana jentera itu 'diuji' dengan pelbagai permukaan jalan bagi mencabar kemampuan kenderaan tersebut.


Lebih banyak 'selut' yang dapat diredah, lebih menarik aktiviti tersebut dan yang paling menarik, semasa aktiviti sebegini lah kita mengenali keupayaan trak pikap yang kita miliki!


Kerap kali aktiviti ini diadakan di kawasan pendalaman dan bekas laluan lori-lori balak yang kerap kali keluar masuk ke kawasan pendalaman tersebut, kerana di situ keadaan 'jalan' seperti mendaki bukit, meredah sungai, berselut paling menarik untuk 'diterokai' oleh peminat sukan ini!
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Dalam laporan Utusan Malaysia, komuniti Orang Asli di Gua Musang telah mengadu permasalahan mereka apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka rosak gara-gara aktiviti lasak kenderaan pacuan empat roda.


Menurut komuniti itu, keadaan laluan yang menghubung penempatan me­reka dengan jalan raya utama dijangka bertambah teruk menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula November ini.


Antara perkampungan yang terkesan teruk dengan aktiviti peminat sukan lasak itu ialah Kampung Pos Gob, Pos Balar, Pos Bihai serta Pos Tohoi.


Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kajang, Pos Gob, Radi Uda, 51, berkata, mereka cukup terkesan apabila tidak dapat keluar ke bandar menggunakan jalan balak kerana laluan rosak dilalui kenderaan tersebut.


Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah terutama ketika mereka berdepan kes kecemasan seperti sakit atau mahu bersalin kerana tidak keluar menggunakan jalan darat.


“Jika orang kampung sahaja yang menggunakan, jalan ini tidak akan jadi rosak macam ini. Tetapi bila ada yang masuk untuk bermain pacuan empat roda pada hujan tetapi kami orang kampung yang terseksa.


“Akibatnya, kami memerlukan masa hingga hampir 12 jam untuk keluar dari kawasan kampung ke bandar Gua Musang,” katanya.


Seorang lagi penduduk, John Busu, 36, memberitahu, sejak bulan September lalu sudah lebih lima kali dia terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda masuk ke Pos Gob.


Katanya, dia berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan kawalan kepada pihak yang ­ingin mengadakan program di kawasan perkampungan Orang Asli ketika musim tengkujuh.


“Aktiviti yang memberi keseronokan kepada peminat sukan lasak itu hanya mendatangkan kesusahan kepada penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman untuk me­lakukan urusan harian,” ujar­nya.

 


- Mohon ambil perhatian wahai kelab-kelab pacuan empat roda di luar sana, jangan kerana aktiviti kita, ada yang merana! -

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Hadir sebagai generasi keenam, Triton 2024 tampil serba baharu dengan peningkatan keseluruhan aspek…
Pelancaran
Hadir sebagai generasi keenam, Mitsubishi Triton 2024 kini hadir sebagai salah satu trak pikap…
Telah Diuji
Bermula dari varian paling asas untuk kerja-kerja berat iaitu XL Single Cab, hinggalah varian…