Alat ganti baharu untuk Lancia Delta Integrale, barang klasik jadi baru

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kenderaan klasik sememangnya mempunyai nilai dan prestij tersendiri. Cuma, satu cabaran biasa jika bermain dengan kereta atau motosikal klasik ialah mencari alat ganti dan komponen asli.

Ada yang boleh ditemui dan tidak kurang juga sudah benar-benar pupus. Menyedari sesebuah model itu penting dan sebahagian daripada warisan syarikat, semakin banyak pengeluar menghasilkan semula alat ganti dan komponen asli.

Terbaru MOPAR dan FCA Heritage melancarkan satu jabatan warisan khusus untuk model kereta klasik.

Produk pertama yang dikeluarkan ialah untuk Lancia Delta Integrale dan Integrale Evoluzione. Model itu merupakan ikon dalam sejarah FCA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lancia Delta Integrale

 

Tidak seperti praktis biasa yang menggunakan salinan gentian karbon, alat ganti warisan menggunakan bahan asli bagi menghasilkan bampar depan dan belakang Lancia Delta Integrale. 

Bampar tersebut dibuat menggunakan empat set perkakasan asli yang ditemui terbiar di kilang San Benigno. Sebelum boleh digunakan, perkakasan itu diperiksa dan diselenggara yang kini digunakan sebagai proses acuan standard bagi menghasilkan bampar. 

Proses itu bermula dengan pembijian plastik yang disuntik pada suhu tinggi melalui tekanan ke dalam bekas untuk menghasilkan bahagian diperlukan.

 

Lancia Delta Integrale

 

Bampar Lancia Delta Integrale dibuat menggunakan polymer thermoplastic (POCAN S1506). Ia mempunyai rintangan haba yang tinggi, kekuatan dan kekerasan, kerentanan rendah terhadap keretakan tekanan dan penyerapan lembapan yang rendah.

Untuk Delta Integrale Evoluzione, bamparnya diperbuat daripada polymer thermoplastic (Xenoy CL101). Bahan itu mempunyai rintangan pelarut yang sangat baik dan lembut walaupun pada suhu rendah. Ia juga elok dalam aplikasi cat luar.

Kesemua bampar yang dipesan akan dihantar dengan penjenamaan ‘Lancia Classiche'. Dari segi harga, bampar depan bermula dengan  £1,170 (RM6,384) dan £1,035 (RM5,642) untuk belakang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lancia Delta Integrale

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…
Berita Global
Kegemilangan Lancia terus padam sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sehinggalah ke satu tahap…
Berita Global
Setelah hadir dengan projek restomod Lancia Delta Integrale Futurista pada tahun 2018, syarikat…