MANHART Integrale 400 - ikon rali 90-an dengan kuasa 375 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Suatu ketika dahulu, jenama Lancia antara yang mendominasi Kejuaraan Rally Sedunia (World Rally Championship) pada lewat 80-an dan awal 90-an menerusi beberapa jentera menarik termasuklah Lancia Delta Integrale.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kegemilangan Lancia terus padam sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sehinggalah ke satu tahap Lancia hanya menjual satu model tunggal sahaja, eksklusif untuk pasaran Itali, itu pun model yang dijenamakan semula daripada Chyrsler (Ypsilon).

Berdasarkan laporan terdahulu, terdapat perancangan untuk menghidupkan kembali nama ikonik Delta dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebagai sebuah kenderaan elektrik.

 

Lancia


Namun sebelum ia menjadi kenyataan, anda boleh mendapatkan sebuah Lancia Delta Integrale sebenar yang telah ditala oleh firma penala Manhart.

Model yang dipaparkan ini dibangun berdasarkan Delta HF Integrale 16V yang muncul buat pertama kali pada acara Geneva Motor Show 1989 sebelum merangkul kemenangan di San Remo Rally 1989.
 

lancia


Dalam keadaan standard, enjin 2.0 liter itu mampu menjana 197 hp dan 298 Nm, namun Manhart telah menaik taraf beberapa aspek seperti kit pengecas turbo, omboh dan rod penyambung tempa, camshaft Catcams, pam bahan api Bosch, serta sistem kipas dan radiator baharu.

Sistem ekzos pula menggunakan paip 3.5 inci yang diakhiri dengan dua tip ekzos bersaiz 80 mm.

Hasil 'pembedahan' itu membolehkan ia berupaya menghamburkan kuasa setinggi 375 hp dan 550 Nm yang disalurkan kepada empat roda menerusi transmisi manual lima kelajuan dengan komponen spesifikasi Group N termasuklah klac cekam Sachs.
 

Lancia


Sistem gantungan hot hatch tersebut kini menampilkan gegelung Manhart Variant 3 daripada KW Suspensions lebih keras dan rendah, sementara sistem brek pula terdiri daripada unit Manhart Evo yang terdiri daripada angkup Brembo empat omboh dan rotor depan bersaiz 380 mm, dan angkup dua omboh di belakang berserta rotor 284 mm.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim OZ Racing Rallye bersaiz 17 inci serta balutan tayar 205/40ZR17.

Identiti asal Lancia Delta Integrale masih lagi dikekalkan, dan diserikan dengan pemasangan spoiler bumbung MANHART Evo dan kemasan grafik pada bahagian sisi.
 

Lancia


Sementara ruang kabin pula dipadankan dengan kemasan kulit/Alcantara, diikuti dengan roda stereng sports MANHART, panel instrumen MANHART Evo, short shifter MANHART, sebelum diakhiri dengan alas lantai khas.

Tiada sebarang info berhubung bilangan unit yang dihasilkan, serta kos untuk mendapatkan sebuah unit yang telah siap dibina.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.…
Berita Global
  Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).…
Berita Global
Namun, keadaan itu bakal berubah di bawah pelan perancangan bertempoh 10 tahun bermula tahun 2024,…