Alih kon penghadang untuk rentas daerah - 4 lelaki dikompaun RM5,000

oleh SALINA JALIL|
gambar Ihsan IPD Pasir Mas
Tindakan kurang cerdik empat lelaki mengalihkan penghadang jalan raya yang diletak oleh pihak polis di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di Kelantan semalam untuk merentas daerah mengundang padah apabila setiap seorang daripada mereka dikompaun sebanyak RM5,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, empat lelaki itu ditahan polis ketika mereka cuba merentas daerah tanpa surat kebenaran polis di kawasan jambatan yang menghubungkan daerah Pasir Mas dan Kota Bharu itu.

 

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan itu merupakan penunggang motosikal manakala seorang lagi pemandu kereta itu didapati mengalihkan penghadang jalan jenis ‘Water Barrier’ di susur masuk ke jambatan itu.

 

“Polis menahan kesemua suspek itu selepas melakukan intipan pada pukul 1 pagi semalam.

 

“Semasa ditahan, kesemua individu terbabit gagal mengemukakan surat permohonan rentas daerah yang sah daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi..

 

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kesemua lelaki yang ditangkap itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan…
Berita Domestik
  Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…