Amalgam dedah model skala 1:8 Lamborghini Countach, harga Proton S70 Flagship X!

oleh Mohamad Hanif|
Amalgam Collection yang sangat terkenal dengan penghasilan kereta berskala yang sangat terperinci itu telah mendedahkan sebuah replika Lamborghini Countach LP400 1974 skala 1:8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit memakan masa kira-kira 400 jam untuk disiapkan.

Hanya dua warna sahaja yang ditawarkan, iaitu kuning Giallo Fly atau merah Rosso, namun pembeli boleh menentukan warna kustom dengan tambahan kos yang tidak disebutkan.

 

amalgam

 

Antara perincian yang wujud pada model replika Countach ini termasuklah pintu yang boleh dibuka secara menegak, hud depan yang boleh dibuka, serta lampu pop-up yang berfungsi.

Replika nadi bentangan V12 4.0 liter juga dipersembahkan dalam keadaan yang sangat terperinci.

Untuk ruang kabin, Alamgam menawarkan papan pemuka dengan pilihan warna perang atau hitam yang nampak lebih elegan.

 

amalgam

 

Biarpun dalam skala 1:8, anda dapat melihat butiran jelas komponen penting seperti roda stereng, gugusan meter analog, tuil gear manual berpagar, serta terdapat tempat puntung rokok pada konsol tengah.

Dengan harga sekitar $19,995 (RM94,506) anda boleh memilih untuk membawa pulang sebuah Lamborghini Countach LP400 1974 1:8 ini dan mempamerkannya atas meja kerja, atau baik beli sebuah Proton S70 1.5T Flagship X berharga RM94,800.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Global
Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti…