Beli Ferrari Purosangue pada harga serendah RM72k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun lepas, Careta pernah melaporkan tentang prestasi jualan model 'bukan SUV' Ferrari Purosangue, di mana ia ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggakan tempahan baharu terpaksa ditutup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua tahun!

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyambar Purosangue, usah risau, anda masih lagi boleh membelinya pada harga yang lebih murah, dan skala yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
 

Purosangue


Syarikat pakar penghasilan model berskala dari Britain, Amalgam Collection telah melancarkan Ferrari Purosangue dalam skala 1:8, dengan kemasan yang hampir menyamai kualiti kereta sebenar.

Ini kerana, Amalgam menggunakan rekaan CAD Purosangue yang sebenar, diikuti dengan kod cat dan spesifikasi bahan yang sama seperti apa yang ditetapkan oleh Ferrari.

Untuk menghasilkan model sepanjang 62 cm itu, Alamgam telah menghabiskan masa lebih 3,000 jam masa pembangunan, dan setiap satu unit memerlukan masa lebih 300 jam untuk disiapkan.
 

purosangue


Setelah habis dipasang, setiap satu Purosangue 1:8 akan menjalani proses penilaian oleh pasukan kejuruteraan dan rekaan untuk memastikan setiap aspek dan sudut mengikut rekaan sebenar.

Amalgam Collection menawarkan dua varian, di mana varian paling murah bermula dari $15,995 (RM72,625) yang membawakan kemasan cat merah berserta warna hitam.

Edisi paling mahal pula berharga $20,795 (RM94,420), di mana Amalgam menawarkan pakej penyesuaian warna cat, warna dalaman, rekaan rim serta tidak ketinggalan warna angkup brek.
 

purosangue


Harus diingat, hanya 199 unit sahaja model berskala 1:8 Ferrari Purosangue yang akan dihasilkan, dan boleh di pra-tempah menerusi laman web INI.

Baca: Ferrari Purosangue - crossover dengan nadi V12 6.5 liter, 715 hp, 716 Nm

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Namun, apabila disebut murah, ia tidak melibatkan semua jenama, memandangkan terdapat juga jenama-…