Terdahulu, mangsa yang menetap di Sungai Batu, Teluk Kumbar dekat Bayan Lepas, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai bertugas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang di kiri laluan motosikal.
"Mangsa yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah menunggang dari arah Perai ke bahagian pulau.
"Mangsa dipercayai jatuh selepas melanggar tiang dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan petang semalam.
Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.