Anthony Loke - Kenderaan berat lebih muatan punca kemalangan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
enderaan berat dengan muatan berlebihan merupakan satu masalah besar dan antara penyumbang kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama dan perlu ditangani segera.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

"Jadi lebih muatan ini adalah satu masalah yang perlu kita tangani secara bersepadu dan penguatkuasaan akan ditambah," katanya kepada media selepas menghantar penumpang Batik Air yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Sibu, di Sepang pada Rabu.

Anthony Loke berkata, penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjalan seperti biasa malah operasi khas sentiasa dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan berjalan lancar dan efisien.

Beliau berkata, mulai suku ketiga tahun lepas penguatkuasaan giat dijalankan dan terus meningkat sejak beberapa bulan ini dengan jumlah saman yang dikeluarkan bertambah terutama kepada pengusaha kenderaan perdagangan.

Mengenai sektor penerbangan tahun ini, Anthony Loke berkata, permintaan dijangka terus kukuh dan jumlah penumpang untuk tahun ini dilihat akan terus meningkat.

Justeru, beliau berkata, kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan penting dalam mencari jalan untuk menambah kapasiti dan penerbangan.

Anthony Loke, berkata jumlah penumpang tahun lepas mencecah hampir 85 juta dengan 60 peratus daripadanya adalah penumpang domestik manakala 40 peratus merupakan penumpang antarabangsa.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kenderaan berat satu punca yang jelas merosakkan jalan...Sebab itu ada had muatan, namun masih ada…
Berita Domestik
Operasi yang dipanggil 'Op Timber" diketuai oleh Pengarah JPJ Kelantan bersama 17 anggota telah…
Berita Domestik
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata dengan penganjuran Persidangan…