Bawa lebih muatan - JPJ saman 31 pemandu lori

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Kelantan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 31 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan berat dalam Operasi Khas Lebih Muatan bermula Sabtu lalu hingga Selasa.


Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, seramai 20 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang dijalankan di Stesen Penguatkuasa Mentara di Kuala Balah, Gua Musang dan Bukit Bunga, Tanah Merah bagi tindakan penimbangan.

 

Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Sebuah lori turut disita kerana tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) dan perlindungan insurans di Bukit Bunga.

“Penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi memastikan undang-undang selain peraturan jalan raya dipatuhi untuk meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

 

JPJ Kelantan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Daripada jumlah itu, 41 buah kenderaan telah disita mengikut Seksyen 80 (1) Akta Pengangkutan Awam…
Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tegas termasuk melucutkan lesen pengendali dan menyita kenderaan akan…
Berita Domestik
“Operasi ini meliputi lima zon utama iaitu Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Borneo. Setiap negeri…