Aston Martin DB12 Volante tampil dengan bumbung fabrik lapan lapis

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik, 'Super tourer' Aston Martin DB12 kini boleh didapati dalam versi bumbung boleh lipat 2+2 yang digelar sebagai Volante.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti model asal DB12, DB12 Volante masih lagi kekal dengan enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar dengan 671 kuasa kuda dan 800 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dan kelajuan tertinggi 325 km/j.
 

DB12


Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, pembeza gelincir terhad belakang elektronik dan prop shaft gentian karbon.

Keempat-empat sudut dipasangkan rim tempa bersaiz 21 inci dengan balutan getah Michelin Pilot Sport 5.

Sistem pemberhentian terdiri daripada brek cakera bersaiz 400 mm di depan dan 360 mm di belakang, di mana pembeli boleh mendapatkan opsyen kit brek seramik karbon yang mampu menjimatkan berat sehingga 27 kg.
 

DB12


Struktur bumbung fabrik yang dibekalkan pada DB12 Volante itu terdiri daripada lapan lapis insulasi bertujuan untuk menjadikan pemanduan yang lebih senyap semasa bumbung ditutup.

Namun, jika anda mahukan udara segar, bumbung tersebut boleh dibuka secara automatik dalam masa 14 saat, dan boleh ditutup kembali dalam masa 16 saat, dengan kelajuan sehingga 50 km/j.

Bumbung boleh lipat itu juga boleh dioperasikan secara jarak jauh dengan hanya menekan butang khas pada fob kunci, dengan syarat anda berada di dalam lingkungan radius dua meter dari kereta.
 

DB12


Secara standard, Aston Martin menawarkan bumbung berwarna hitam, akan tetapi pelanggan boleh memilih warna lain termasuklah merah, biru atau hitam/perak, digandingkan dengan pelbagai jenis pilihan kemasan dalaman menerusi divisyen Q by Aston Martin.

Kelengkapan ruang kabin juga adalah sama seperti model DB12 coupe, dengan kehadiran skrin infohibur 10.25 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio standard 390 watt dengan 11 pembesar suara yang boleh dinaiktaraf kepada sistem Bowers & Wilkins 1,170 watt dengan 15  pembesar suara.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kini, model 'super grand tourer' tersebut sudah pun sedia untuk membelah jalan raya Malaysia,…
Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…