Beli kereta M manual sekarang sebelum terlambat - BMW

oleh Mohamad Hanif|
Satu hakikat pahit yang harus ditelan oleh golongan petrolhead ialah kepupusan kotak gear manual yang tidak dapat dielakkan.

Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan penukaran gear manual dan tiga pedal pada kereta mereka.

BMW dalam satu laporan oleh penerbitan Itali Quattroruote mendedahkan masanya sudah tiba untuk mereka menamatkan penjualan model bertransmisi manual.

Ini kerana angka jualan yang rendah tidak mewajarkan pihak BMW untuk terus membangunkan model bertransmisi manual pada masa akan datang.
 

BMW M3


Frank Weber, Ahli Lembaga Pengurusan BMW tidak mendedahkan tarikh akhir penjualan model BMW bertransmisi manual.

"Jika anda mahukan BMW M manual, anda perlu beli model tersebut sekarang!"

"(Model BMW M) adalah produk yang menyeronokkan, namun secara jujurnya, angka jualan sangat kecil dan semakin mengecil. Jadi adalah tidak masuk akal untuk membangunkannya lagi," ujarnya.

Tidak banyak pasaran dalam dunia yang sanggup menawarkan model M bertransmisi manual.
 

M2


Walaupun terdapat permintaan yang kuat terhadap model M3 dan M4 (20 peratus), serta separuh daripada jualan M2 di pasaran Amerika Syarikat, keadaan itu tidak menjadi sebab kukuh bagi BMW untuk terus menawarkan model manual untuk jangka masa yang panjang.

Dalam perkembangan terdahulu, BMW merancang untuk terus menawarkan model-model M bertransmisi manual sehingga akhir dekad ini (2030).

Baca: BMW M3, M4 rasmi dilancarkan

Baca: Rahsia di sebalik transmisi manual BMW M3, M4

Baca: BMW M3 sebagai kereta peronda PDRM?

Sumber: Quattroruote, Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua divisyen M, Frank van Meel, sebelum ini mengakui bahawa dari sudut kejuruteraan, transmisi…
Berita Global
Teknologi tersebut didedahkan melalui paten yang difailkan pada Ogos 2024 dengan German Patent and…
Berita Global
Had Tork Jadi Halangan Utama Salah satu isu terbesar ialah kemampuan gearbox manual untuk…