Audi dan Porsche akan bersaing dalam Formula 1!

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat jenama premium dari kumpulan Volkswagen bakal hadir ke perlumbaan Formula 1 dengan pakaian Porsche atau Audi bila CEO VW, Herbert Diess berjaya meyakinkan lembaga pengarahnya bahawa pelaburan kos untuk perlumbaan berprestij itu akan membawa masuk keuntungan yang lebih besar.

Diess berkata komitmen dua jenama itu untuk Formula 1 akan hanya menguntungkan syarikat kerana itu yang berlaku untuk pesaing mereka, Mercedes-Benz.

Diess juga berkata Porsche nampak lebih bersedia untuk memasuki Formula 1 sementara Audi bakal menyusul.

Audi dikatakan bersedia untuk menawarkan 500 Euro kepada McLaren untuk tujuan Formula 1 sementara Porsche nampaknya bercadang untuk menggunakan tenaga pakar pasukan Red Bull bagi tujuan yang sama.

 

 

Kedua-dua jenama premium Jerman itu bakal dilihat di litar Formula 1 dalam masa setahun dua lagi.

Untuk yang bertanya tentang BMW pula, syarikat itu pernah memasuki Formula 1 sejak tahun 1950, dan kemudian ia keluar masuk dari arena itu. 

Kali terakhir BMW muncul di litar Formula 1 ialah dengan pasukan BMW Sauber F1, dari tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Adakah dengan kemunculan Audi dan Porsche bakal memaksa BMW untuk terjun kembali ke Formula 1 demi menjaga air muka peminat-peminatnya? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kepuasan pelanggan amat penting kepada kami. Jadi, kami meningkatkan usaha terhadap semua aspek.…
Pelancaran
Dijana dengan enjin 4.0 liter biturbo bentangan V8 TFSI, Audi RS Q8 ini mampu menghamburkan kuasa…
Berita Global
  Mereka dilaporkan ber­usaha untuk membeli pasukan sedia ada dan telah mengadakan perbincangan…