Audi guna sistem AI untuk hasilkan reka bentuk roda baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan merupakan sistem simulasi merujuk kepada manusia yang dijana oleh komputer, teknologi itu turut digunakan oleh syarikat Audi dalam menghasilkan reka bentuk baharu untuk roda mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

AI yang digunakan Audi merupakan perisian dikenali sebagai FelGAN berfungsi untuk menghasilkan reka bentuk roda bagi membantu jurutera reka bentuk.

Roda yang direka bentuk oleh AI akan dibandingkan dengan roda sebenar dan "discriminator" AI perlu memutuskan sama ada roda itu asli atau dijana oleh komputer, hal tersebut membolehkan AI untuk mencipta roda yang realistik

 

rim

 

Audi berkata, "roda yang dihasilkan sangat mengelirukan sehinggakan mata manusia hampir tidak dapat membezakannya daripada foto sebenar".

"Terima kasih kepada perisian tersebut, jurutera reka bentuk boleh melukis daripada kumpulan idea yang hampir tidak terhad dan menemui motif dari perspektif baharu sepenuhnya."

FelGAN berfungsi dengan pantas dengan menghasilkan sejumlah reka bentuk foto-realistik atau dengan menggabungkan semula reka bentuk sedia.

 

2

 

Roda yang dipilih kemudiannya akan dihasilkan sama ada dari aluminium atau plastik, oleh mesin pengilangan berteknologi tinggi untuk mencipta prototaip roda tersebut.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Audi RS Q8 2025   Jika diletakkan RS Q8 di sebelah RS e-tron GT, kedua-duanya menggunakan gaya…
Berita Global
  Seperti yang Careta laporkan sebelum ini Audi perkenal Audi RS e-tron GT performance dan…
Berita Global
    e-tron GT juga ditawarkan di pasaran tempatan dan dijual daripada RM588,000. Terbaru Audi…