Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan lebih mudah, menarik dan direka khas demi keperluan pemilik Audi.
Pemilik Audi kini dapat menikmati akses mudah terhadap pelbagai ciri daripada jadual temu janji servis, tawaran serta promosi terkini sehinggalah pencarian lokasi Pusat Servis Audi terdekat.
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata, “Aplikasi myAudiWorld membuktikan komitmen Audi Malaysia untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, selain mengukuhkan dedikasi jenama terhadap aspek inovasi dan penyelesaian berorientasikan kepada pelanggan.”
“Dengan ini, para pelanggan mempunyai akses mudah ke atas pelbagai perkhidmatan dan ciri, ia penting bagi mengekalkan kenderaan Audi mereka sentiasa dalam keadaan terbaik. Pada masa sama menawarkan kemudahan yang tiada tandingan daripada peranti pintar mereka sendiri.”
Bukan sahaja untuk model baharu, aplikasi myAudiWorld turut menawarkan penjagaan luar biasa kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel.
Dengan pakej-pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus yang merangkumi bantuan tepi jalan dan pakej Repair, semua pemilik Audi dapat menikmati pengalaman pemilikan yang lebih premium.
Antara ciri yang ditawarkan pada aplikasi myAudiWorld ialah:
- Membuat Temu Janji Servis
- Tawaran Eksklusif
- Lokasi Pengedar
- Lokasi Pengecasan EV
- Bantuan Kecemasan
- Berita dan Kemas Kini
Para pemilik Audi kini boleh memuat turut aplikasi myAudiWorld pada semua peranti pintar melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Audi Malaysia.