Rapid KL penyedia rasmi perkhidmatan bas MotoGP 2023

oleh Mohamad Hanif|
Rapid Bus selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara LRT/MRT telah dilantik sebagai Penyedia Rasmi Perkhidmatan Bas ke MotoGP Malaysia 2023 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar Seni, KLCC dan Hab Bas KLIA2) khusus untuk rakyat Malaysia dan peminat yang mahu menghadiri acara MotoGP pada tahun ini.

Tiket akan dijual bermula 25 Oktober hingga 12 November di lokasi berikut:

• Kaunter Stesen LRT (KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral) - 6.30 pagi hingga 11.00 malam
• Kaunter Kad Konsesi My Rapid, Hab Bas Pasar Seni - 9.00 pagi hingga 4.00 petang
• Kaunter 10, Aras 1, Hab Pengangkutan KLIA2 - 8 pagi hingga 1.00 tengah hari (10-12 November)

Pembelian tiket juga boleh dibuat menerusi laman web shop.myrapid.com.my bermula 28 Oktober ini.

 


Senarai tambang adalah seperti berikut:

• Pasar Seni/KLCC ke SIC - RM20/sehala
• Pasar Seni/KLCC ke SIC - RM35/pergi-balik
• KLIA2 ke SIC - RM12/sehala

Pihak Rapid KL juga akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC semasa acara Petronas Grand Prix Malaysia 2023 berlangsung pada 10 hingga 12 November 2023.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan bas khas ini akan beroperasi dari tiga lokasi utama: Hab Bas Pasar Seni –…
Berita Domestik
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik Prasarana dalam memastikan kesinambungan…
Informasi
Enam laluan berkenaan adalah Saujana Utama/Elmina-Jalan Kuala Selangor dengan tiga van disediakan;…