Beam Mobility lancar kempen 'Drive Something New Today'

oleh Mohamad Hanif|
Beam Mobility baru-baru ini melancarkan kempen Drive Something New Today bagi mendidik para pengguna mengenai kaedah pengangkutan alternatif yang memudahkan lagi lestari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter kongsi miliknya dalam menangani isu pengangkutan perbatuan terakhir (last mile) yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam.

Menurut Taty Azman, Ketua Hal Ehwal Awam Beam Mobility Malaysia berkata, “E-skuter Beam dirumus untuk memudahkan dan menggalakkan orang ramai memilih kaedah pengangkutan yang lebih lestari di kawasan pusat bandar.

"Dengan peningkatan ketersediaan kenderaan ini di titik-titik transit dan destinasi tumpuan di sekitar Lembah Klang, maka warga Malaysia dapat membuat perjalanan singkat dengan mudah dan segera menerusi e-skuter ini di antara penggunaan pengangkutan awam.

"Sekiranya sesuatu tempat yang ingin dituju terlalu jauh untuk pejalan kaki namun terlalu singkat jika kereta digunakan, maka e-skuter kami boleh dimanfaatkan sebagai solusi kepada dilema ini,” jelasnya lagi.
 

Beam


Berdasarkan tinjauan terkini melibatkan pengguna mobiliti mikro pada bulan Mei 2022, hampir 50% daripada 1,800 orang penunggang Beam yang telah ditinjau menyatakan bahawa akses ke atas e-skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan panjang berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta.

Sikap ini turut dicerminkan dalam situasi sebenar, di mana 77% daripada penunggang yang biasa menggunakan perkhidmatan ini menyatakan bahawa mereka sentiasa, lazimnya, atau kadang kala menggunakan e-skuter sebagai medium hubungan dari dan ke titik pengangkutan awam.

Tinjauan ini memperlihatkan sikap keterbukaan penduduk kawasan bandar di Malaysia terhadap manfaat pengoperasian e-skuter kongsi di bandar masing-masing, dan hanya 9% daripada 1,544 individu yang ditinjau meluahkan pandangan yang sebaliknya. Angka ini telah dipotong separuh setelah ciri-ciri keselamatan, kemudahan, dan manfaat alam sekitar yang dapat ditimba menerusi e-skuter kongsi ini telah dijelaskan kepada mereka.
 

Beam


Untuk memastikan keselamatan pengguna, e-skuter Beam menggunakan casis aluminium yang kukuh bergred pesawat, trenkuasa yang cekap, ciri komunikasi IoT bagi memudahkan operasi, teknologi parkir maya yang menggalakkan amalan penggunaan dan pemulangan yang berhemah, serta teknologi pengehad kelajuan (25 km/j sahaja).

Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan teknologi geobatas untuk memastikan pengguna berada di dalam sempadan penggunaan yang telah diluluskan oleh majlis jawatankuasa, selain menjamin keselamatan penunggang, pejalan kaki serta pengguna kenderaan yang lain.

Beam Mobility turut menawarkan program keselamatan khas Beam Safe Academy bagi mendidik para peserta mengenai tataguna e-skuter yang betul seperti kaedah memarkir dengan selamat, tabiat menunggang berhemah, dan peraturan mobiliti mikro tempatan.
 

Beam


Untuk merancakkan lagi ekonomi tempatan, Beam Mobility melancarkan program Beam Booster yang menggalakkan pengguna Beam untuk membuat perhentian atau menamatkan perjalanan mereka di hadapan rakan peniaga Beam, lantas bantu mempromosikan serta menjana pendapatan perniagaan mereka.

Selain menaik taraf ketersambungan pengangkutan awam dan menarik pengunjung ke perniagaan tempatan, Beam turut membekalkan peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan, sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12.

Sebagai rakan e-Rezeki MDEC, Beam menggajikan lebih daripada 250 pekerja sambilan di Malaysia sebagai ‘Beam Rangers’ untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan e-skuter berteknologi tingginya, memastikan setiap e-skuter Beam berada dalam kondisi terbaik.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia,…
Berita Domestik
Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro,…
Berita Domestik
Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan…