Beg udara meletus secara tiba-tiba, GM panggil kembali 410 ribu trak pikap!

oleh Mohamad Hanif|
Isu berkenaan beg udara timbul kembali apabila GM memanggil semula kira-kira 410,019 unit trak pikap disebabkan komponen itu mampu meletus tanpa sebarang amaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration, kesemua trak pikap jenis Chevrolet Silverado (2015-2016) dan GMC Sierra 1500, 2500 dan 3500 terlibat di dalam kempen panggil semula ini, di mana penutup hujung peletus pada beg udara tirai sisi yang tercabut, atau dinding sisi peletus yang mungkin pecah.

Disebabkan itu, beg udara berkemungkinan besar akan meletus sendiri tanpa sebarang amaran.

Dalam tiga kejadian yang dilaporkan, pemilik trak pikap Silverado 1500 mengadu beg udara trak mereka meletus di mana gas yang tersimpan di dalam ruang tersebut dilepaskan keluar secara tiba-tiba.

Mujur kejadian tersebut berlaku ketika trak pikap berkenaan tidak digunakan.

Menurut NHTSA lagi, kakisan yang berlaku di dalam ruang peletus itu adalah disebabkan kelembapan yang dihasilkan ketika proses pembuatan dan ia bertambah buruk disebabkan faktor kitaran terma dalam cuaca iklim bersuhu tinggi.

Dalam tempoh kurang dua minggu, GM segera menghantar notis panggil semula bagi memaklumkan kejadian tersebut, dan pengedar akan menggantikan kedua-dua beg udara tirai bagi trak pikap yang terjejas.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…