Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30 April 2023.
Para pelanggan BHPetrol adalah digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih BHPetrol eCard dan kemudian membeli barangan promosi bulanan terpilih yang ditawarkan di BHPetromart dengan mengimbas kod QR pada aplikasi eCard tersebut.
Hanya 20 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,500 beserta 25,000 mata ganjaran ePoints setiap satu.
Aplikasi BHPetrol eCard boleh dimuat turun secara percuma menerusi kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web BHPetrol di alamat https://www.bhpetrol.com.my/.