Ingin memiliki Audi terbaharu? Datanglah ke acara ‘Audi Drive Weekend’ dimana terdapat banyak peluang untuk memandu uji model terbaharu dari Audi Malaysia.
Diadakan di The Mines Resort and Golf Club di Seri Kembangan pada 4 ke 5 November ini, acara tersebut sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti sihat serta sesi menghias diri untuk lelaki sempena kempen #derSchnurrbart (iaitu “Misai” dalam bahasa Jerman).
Anda juga berpeluang untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kadar faedah rendah sehingga 0% pada model Audi terpilih (tertakluk pada terma dan syarat).
Setiap model Audi yang dijual, samada A4, Q3 atau Q7, datang dengan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan, memastikan anda merasa terjamin sepanjang usia pemilikan kereta anda.
Di acara itu juga akan terdapat sebuah ‘Audi Performance Park’ dimana anda boleh menguji tahap stamina dan kecergasan anda, serta lapangan golf mini untuk anda berseronok.
Sila lawati laman web Audi Malaysia di www.audi.com.my untuk keterangan lanjut.