Honda Civic RS Prototype muncul di TAS 2024, transmisi manual 6 kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran Tokyo Auto Salon 2024, Honda membawakan beberapa buah model pameran termasuklah sebuah model Civic RS Prototype.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, hatchback Civic RS Prototype ini bakal ditawarkan secara rasmi di pasaran Jepun pada musim luruh 2024, eksklusif dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan!
 

RS


Civic RS Prototype ini dilayangkan dengan warna hitam satin, diikuti dengan set rim yang juga berwarna hitam.

Ada perubahan kecil yang boleh dikesan, seperti contoh rekaan bampar yang berbeza berbanding Civic RS pasaran Malaysia, ketiadaan perumah lampu kabus, serta struktur jeriji hadapan dengan kemasan berbentuk sarang lebah.
 

RS


Tidak banyak info didedahkan buat masa ini, namun Honda mengesahkan Civic RS Prototype ini akan dibekalkan dengan enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan.

Honda Jepun sebelum ini telah melancarkan model Civic generasi baharu dalam bentuk badan hatchback, serta pilihan kotak gear manual 6-kelajuan atau CVT.
 

RS


Besar kemungkinan Honda akan menawarkan spesifikasi yang sama wujud pada Civic Si USDM, dengan menampilkan fungsi rev-match yang dipinjam daripada Civic Type R dan sistem perpaipan yang lebih lawas.

Baca: Honda Civic Si (USDM)

Baca: Pandu Uji Honda Civic RS

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…
Berita Global
Model prototaip CR-V FCEV yang dimaksudkan itu muncul buat kali pertama di acara Super Taikyu…