Benda-benda teknikal penting yang kau tak akan nampak pada Honda CR-V baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Careta sempat mewawancara Ketua Projek Besar CR-V baharu, Eisuke Sato dan timbalan beliau, Masanobu Yaguchi.

Honda Malaysia memang sentiasa menerbangkan ketua-ketua projek untuk model-model baharu yang dilancarkan dan mereka memang bertanggung-jawab dengan pembangunan model itu dari awal sehingga dilancarkan.

Ini bermakna media tempatan dapat bertanya soalan-soalan teknikal kepada individu yang betul.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah apa yang kami pelajari dari mereka dan sesuatu yang anda boleh rasai sendiri bila memandu Honda CR-V baharu.

 

  • Kepala silinder untuk enjin 1.5L VTEC Turbo diubah untuk lebih sesuai dengan sistem ekzos 4-1-2 dengan peredam bunyi baharu - hasilnya daya pecutan yang lebih segar.

 

  • Unit pengecas turbo untuk enjin 1.5L VTEC Turbo kini menggunakan jenis turbin "diagonal flow". Malah, bilah kipas turbin juga diubah. Ini meningkatkan lagi daya pecutan CR-V baharu.

 

  • Motor elektrik generasi terkini digunakan untuk sistem stereng EPAS (Electric Power Assist Steering) dan lengkap dengan fungsi VGR (Variable steering Gear Ratio). Ia menjadikan stereng rasa lebih "direct" atau "telus".

 

 

  • Sistem pacuan semua roda (AWD) kali ini mampu memberikan agihan pacuan 50:50 untuk roda depan dan belakang, meningkat dari generasi CR-V dahulu dengan agihan 60:40. Ini bermakna CR-V baharu boleh menyalurkan lebih tenaga kepada roda belakang untuk kawalan yang lebih sporti ketika mengambil selekoh. Sayangnya AWD hanya ada untuk varian e:HEV sahaja bagi pasaran Malaysia.

 

  • Penyerap hentak belakang datang dengan ciri Amplitude Reactive Damper di mana ia mempunyai injap piston kedua untuk membolehkan ia menjadi "lembut" bila melanda jalan yang tidak rata tetapi "keras" bila meratah selekoh.

 

  • Penutup gril automatik pada bahagian bawah bamper hadapan memberikan 0.3 peratus lebih penjimatan bahan api. Ia juga terletak dalam keadaan tutup bila parkir supaya nampak lebih kemas.

 

 

  • Untuk pertama kalinya, CR-V datang dengan fungsi Hill Descent Control (varian e:HEV sahaja). Ia akan beroperasi bila kenderaan menuruni cerun pada darjah 7 peratus atau lebih dan akan mengawal kelajuan antara 3 ke 20 km/j.

 

  • Paddle Shifter menggunakan fungsi B-range untuk kawalan nyahpecutan. Ia umpama "engine braking" menggunakan gear nisbah rendah. Jika transmisi dalam mod D, ia memberikan daya nyahpecutan sebanyak 0.04G tetapi dalam mod B-Range, ia meningkat kepada 0.09G.

 

  • CR-V varian hibrid e:HEV mempunyai fungsi "one-pedal driving".

 

  • Lampu hadapan untuk CR-V varian hibrid e:HEV datang dengan sistem Adaptive Driving Beam, di mana ia mempunyai dua jenis lampu tinggi untuk memastikan kenderaan datang dari arah bertentangan tidak silau.

 

 

  • Pemilik CR-V varian hibrid e:HEV akan menerima satu unit kunci biasa (key-fob) dengan butang buka tutup pintu dan satu unit Smart Key Card yang sebesar kad kredit.

 

  • Tempat duduk belakang boleh dilaras ke depan atau ke belakang dan sudut sandar ada lapan kedudukan!

 

  • CR-V varian hibrid e:HEV diberikan sistem audio premium Bose dengan 12 speaker lengkap dengan subwoofer. Varian enjin 1.5L VTEC Turbo datang dengan sistem audio 8 speaker sahaja.

 

  • Pengelap cermin depan (windscreen wiper) mempunyai penyembur air pada bilah untuk daya pembersihan yang lebih efisien. Bilah pengelap juga akan "masuk" ke kedudukan khusus bila tidak digunakan untuk memastikan getah bilah tahan lebih lama.

 

  • Pintu ruang kargo menggunakan sistem kuasa elektrik baharu yang lebih laju dan senyap.

 

  • Sistem kunci automotik untuk pintu ruang kargo di mana anda boleh pilih fungsi tutup dan CR-V akan terkunci sendiri bila anda berjalan pergi (walkaway close and lock function).


 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…