PANDU UJI : HONDA CR-V 2.0L RS e:HEV 2024 - HADIR DENGAN TRENKUASA HIBRID!

oleh Firdaus Razani|
Selain dari memandu uji untuk varian V-Spec, kami turut diberi peluang untuk memandu uji varian terbaharu dalam Honda CR-V generasi keenam ini di Pulau Pinang iaitu Honda CR-V RS e:HEV.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik yang menjadikan ia sebuah pilihan dengan pengalaman baharu dan istimewa untuk peminat Honda CR-V.

Dengan penambahan baharu dalam pilihan varian Honda CR-V ini, ia pasti akan menambat hati peminat serta pemandu yang meminati sebuah kereta untuk keluarga tetapi mempunyai sentuhan prestasi.

 

crv

 

Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CR-V yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV Honda di Malaysia dan diantara SUV paling banyak serta popular atas jalan raya Malaysia.

Kalau bercakap mengenai model generasi terbaharu, pasti banyak perkara dan faktor yang telah diperbaharui, jadi apakah yang baharu pada model ini?

 

crv

 

Seperti umum tahu, CR-V generasi baharu ini menawarkan pilihan varian iaitu S,E dan V-Spec serta RS e:HEV, kali ini kita akan menceritakan apa keistimewaan yang ada pada varian RS e:HEV.

Tambahan pula, dengan varian RS e:HEV yang bukan sekadar RS biasa, tapi dijanakan dengan tambahan trenkuasa motor elektrik yang memberi lebih pengalaman pemanduan.

Berikut kami kongsikan apa yang baharu pada model Honda CR-V RS e:HEV 2024 generasi keenam;

  1. Reka bentuk

Dari segi reka bentuk luaran, sudah pasti yang jelas terlihat adalah pada bahagian grill hadapan dengan rekaan paten mesh yang lebih moden yang disertakan dengan emblem RS.

 

crv

 

Tiada banyak perbezaan dengan varian yang lain, rekaan bentuk bampar hadapan baharu tetapi warna spoiler mengikut warna kereta serta reka bentuk moden pada model generasi terbaharu ini.

Tambahan itu, perbezaan ketara dengan varian lain bagi rekaan luaran adalah pada cermin sisi yang diberi warna hitam serta rim bersaiz 18 inci dengan tona warna yang lebih gelap.

 

  1. Kabin

Untuk ruang kabin dalaman pula, SUV terbaharu ini turut mempunyai paparan infotainment bersaiz sembilan inci yang disokong oleh Apple CarPlay dan Android Auto.

 

crv

 

Bagi paparan pemandu, ia mempunyai klustermeter bersaiz 10.2 inci yang memberi informasi penting kepada pemandu dengan lebih jelas dan teratur serta paparan head up untuk pemanduan yang lebih lancar.

Berbeza dengan varian lainnya, varian RS ini menampilkan sistem bunyi  12 audio speaker dari BOSE yang pasti akan memberi bunyi dalam kabin yang lebih nyaman dan tenang.

 

  1. Trenkuasa

Untuk penjana kuasa, Honda CR-V varian RS e:HEV menampilkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson yang mampu menjana kuasa output sehingga 148ps dan 190Nm tork.

Manakala untuk motor elektrik, ia mampu menjana kuasa sehingga 184ps dan 335Nm tork yang memberi kuasa pada pacuan roda hadapan yang melontarkan kuasa menjadi lebih efisien.

 

crv

 

Dengan gabungan trenkuasa tersebut, ia dipadankan dengan transmisi kotak gear e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission) ia mampu memecut darii 0-100kmj hanya dalam sembilan saat,

Tambahan itu, dengan penguasaan trenkuasa tersebut, ia bakal menjadikan sebuah pemanduan itu lebih menarik tidak kira dimana jua kawasan yang dilalui oleh Honda CRV RS e:HEV.

 

  1. Ciri keselamatan

Untuk ciri keselamatan, tiada banyak perbezaan dengan varian lain, Honda CR-V terbaharu turut hadir dengan beberapa ciri sistem keselamatan terkini seperti berikut;

  • Multi View Camera System (360 Camera)
  • Reverse Auto Tilt Mirror
  • Honda LaneWatch Camera (LWC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Adaptive Driving Beam (ADB)
  • Lead Car Departure Notification System
  • Honda CONNECT (Safety, Security, Convenience)
  • Driver Attention Monitor
  • Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Security Alarm with Immobiliser

 

Semestinya Honda mahu memberikan yang terbaik pada pengguna tidak kira apa juga varian, kerana keselamatan merupakan aspek penting dalam pemanduan selamat.

Dengan kehadiran sistem dan ciri keselamatan tersebut, ia pasti memberi sebuah pemanduan yang lebih selamat dan menenangkan pemandu serta penumpang untuk Honda CR-V ini.

 

crv

 

Untuk tawaran harga jualan bagi model Honda CRV generasi terbaharu RS e:HEV ini adalah dari RM 195,900.

Manakala harga jualan untuk varian yang lain adalah seperti berikut;

  • 1.5 liter S-Spec - RM159,900
  • 1.5 liter E-Spec - RM169,900
  • 1.5 liter V-Spec - RM181,900

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…