Benelli VZ125i ini digerakkan oleh nadi silinder tunggal 124 cc SOHC yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 8.4 hp @ 7,500 rpm, serta daya kilas 9.2 Nm @ 6,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang DRL, paparan meter digital, suspensi depan teleskopik, penyerap hentak tunggal KYB di belakang, serta sistem brek cakera pada roda hadapan.
Selain daripada itu, ia memiliki kapasiti tangki bahan api sebesar 4.9 liter, slot pengecasan USB pada bahagian bawah tempat duduk, ruang untuk penyimpanan barang kecil, serta cangkuk penyangkut tek tarik.
Benelli VZ125i boleh didapati pada harga bermula RM5,838 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).